WARNA GIRANG
kajian membuktikan kamu akan berasa lebih gembira jika dikelilingi warna terang. ini mugkin mengingatkan kita kepada matahari. jika kamu tidak mempunyai pakaian dari rona begini, kamu boleh menghiasi meja kamu dengan bunga ros atau matahari.pasti ceria!!
ALAM SEMULAJADI
cuti pada hujung minggu adalah untuk berehat. luangkan sedikit masa di belakang rumah untuk menikmati alam semulajadi sambil menikmati secawan teh ataupun minuman kegemaran kamu. percayalah, merehatkan diri diluar rumah boleh memperlahankan denyutan jantung dan meredakan perasaan negatif.
NIKMATI BUAH OREN
menikmati buah-buahan seperti oren,mampu memulihkan mood, kata pakar psikologi Dale Askins, PhD. untuk makan buah oren kamu perlu mengambil masa untuk mengupasnya.jadi kamu pasti menjamahnya secara perlahan-lahan.
BUANG PERASAAN NEGATIF
tarik nafas panjang-panjang secara perlahan,kemudian hembuskan dalam lima kiraan.simboliknya,kamu "menarik" masuk unsur positif kedalam minda kamu.
MEMBELI-BELAH
bagi sesetengah orang membeli-belah menjadi satu aktiviti yang dapat meredakan tekanan.tetapi kesannya akan membuatkan kamu berasa lebih teruk apabila kamu rasa menyesal kerana telah menghabiskan wang.pastikan sebelum mengatur langkah ke pusat beli-belah kamu tahu apa yang ingin dibeli atau pun berazam untuk "melihat-lihat" sahaja dan bukan membeli.
RIADAH
kadang kala kamu tidak mampu meneruskan niat hati untuk berehat pada hujung minggu.ada sahaja yang menganggu.kamu boleh mencuba cara ini.tinggalkan telefon,beli makanan kegemaran kamu dan teruskan berjalan ke kafe ataupun taman.seeloknya berteman, tetapi cari teman yang boleh membahagiakan kamu di saat itu.
HUBUNGAN
dalam kesibukan menjalani aktiviti seharian,tetapkan satu hari untuk bertemu teman-teman lama yang berlainan bidang. kamu boleh makan malam bersama-sama sambil berbincang ataupun berkongsi masalah.kawan-kawan yang memahami mampu menceriakan hidup kamu dan pastinya kamu sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan.
PENAMPILAN
rangsang semangat kamu dengan penampilan baru ataupun untuk lebih jimat,selak almari pakaian kamu.pasti ada pilihan pakaian yang mampu membuatkan teman sekeliling akan memandang kamu untuk kedua kali.
MEMORI CERIA
mengimbas kembali kenangan saat-saat indah bersama teman mampu memberikan sensasi yang cukup hebat buat kamu.
IMAGINASI DUNIA IDAMAN
dalam keadaan tertekan,cuba tarik perhatian kamu ke dunia fantasi.terpulang sama ada destinasi percutian idaman kamu ataupun zaman kanak-kanak.
Seni Pokemon dari daun
12 years ago
No comments:
Post a Comment