Sunday, November 30, 2008

cuti aku da abis!!!
bermule la perjalanan hidup tuk sem terakhir aku!!!

sesat ke putrajaya??

dmenc tanpa jas..diganti oleh danny
dari kiri..danny..jalil..lan..yus
walaupon x menang ape2 anugerah...juara daurah (no 10)
dorang tetap enjoy nice tanpa taqie
dari kiri afiq..safwan...izwan
menang 2 anugerah + 1 lagi anugerah utuk juara daurah (no 2)



ish3..


pelik betul aku ni


nak ke putrajaya dari selayang pon boleh sesat


duduk slayang da dekat 10 tahun..tp jalan kl pon x tau.biase la...aku bukan jenis suke ronda2 tanpa hala tujuan ni.umah la dunia aku.tp kalau nak menenagkan fikiran je baru kluar.tp kl mmg kota raya yang sesak.aku nak ke putrajaya pon sebab nak g tgk Anugerah NMI 2008.bg support tuk nice ngan dmenc.sebab nanti gathering raye haji dmenc buat kat johor dan nice tersenarai artis yang hadir.aku x dapat datang.so,baik jumpe dak2 dmenc kat putrayaja je.bayangkan lah dari selayang ke putrajaya....leh sampai 3 jam!! naik kematu aku dibuatnye.disebabkan keluar awl dari umah sebab takut sesat (yg mmg benar2 terjadi),kitaowg sampai agak awl.melepak je la kat putrajaya tu.pastu ade la kes membuatkan muke aku tebal 6-7 inci.hahaha...giley seyh.programnye agak ok..sebab dia gabungkan ngan festival nasyid kebangsaan.abis program kul 11 lebih...balik dari putrajaya nak ke kl balik pon leh sesat.main pusing2 putrajaya..kluar masuk..kluar masuk.last2 jumpe gak. kul 1 gak la sampai umah.mmg penat sgt walaupon bkn aku yg drive.hahaha..

Thursday, November 20, 2008

kamu ingin menangis??menangislah sepuas hati...

Lapang benar dada Pak Uwei bila pegawai yang bertugas di kaunter> pejabat> Tabung Haji itu memberitahu nama dia dan isterinya turut tersenarai> dalam> senarai jemaah yang akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini.>>>>>> “Tapi pak cik kena bayar segera bahagian makcik yang masih tak cukup> tiga ribu lagi tu.>> Selewat-lewatnya minggu depan bayaran mesti> dibuat,”beritahu pegawai itu lagi.>>>>>> “Insya Allah encik. Saya akan bayar seberapa segera,” janji Pak Uwei.>>>> Berita gembira itu ingin segera dikongsi bersama isteri> kesayangannya.>>>>>> Sebaik keluar dari pejabat Tabung Haji dia terus balik ke rumah.>>>>>> “Pah… oo..Pah!” teriak Pak Uwei sebaik turun dari keretanya.>>>>>> “Apa bendanya terlolong-lolong ni bang?” tanya Mak Pah.>>>>>> ” Ada berita baik ni Pah, nampaknya hajat kita nak ke Mekah tahun ini> akan tertunai. Insya Allah dua bulan lagi kita akan ke sana.>> Tak sabar> betul saya, rasa macam Kaabah tu dah melambai-lambai, ” cerita Pak Uwei> dengan wajah berseri-seri.>>>>>> “Betul ke ni bang? Baru semalam si Johari beritahu dia dengan Minah> tak> dapat pergi. Namanya tidak ada dalam senarai.>> ”>>>> “Betullah Pah oii… saya ni baru je balik dari pejabat Tabung Haji.>>>> Cuma duit bahagian awak tu, tiga ribu lagi kena bayar segera selewat-> lewatnya minggu depan.>> ”>>>> “Mana kita nak cari duit banyak tu bang? Tiga ribu tu bukan sikit,> itu> pun lepas duit tambang.>> Duit kocek mau juga sekurang-kurangnya dalam> seribu.” Mak Pah merenung gusar wajah suaminya.>>>>>> “Alah Pah, kita mintalah tolong dengan Muaz dan Balkis.>> Takkanlah> mereka> tak nak beri. Bukannya banyak, cuma dua ribu seorang saja.>> ”>> Wajah Pak Uwei semakin berseri-seri.>> Dia yakin anak- anaknya yang dua> orang itu tidak akan menghampakan harapannya.>>>>>> “Lusa hari minggu, saya nak suruh budak-budak tu balik boleh kita> berunding,” cadang Pak Uwei.>>>>>> “Kalau tak cukup bahagian saya tu, awak ajelah yang pergi dulu.>> Tak> elok> kita menyusahkan anak-anak bang, lagipun apa pula kata menantu kita> nanti> nak ke Mekah minta duit anak-anak.>> ” Mak Pah tidak bersetuju dengan> rancangan Pak Uwei.>>>>>> “Pah… Muaz dan Balkis tu kan anak-anak kita.>> Kita dah besarkan> mereka,> hantar belajar tinggi-tinggi takkan nak hulur dua ribu pun tak boleh> lagipun selama ni kita tak pernah minta duit mereka.>> Tak usahlah awak> bimbang Pah, saya yakin anak-anak kita tu tak akan menghampakan kita> kali> ni.>> ” Yakin benar Pak Uwei, harapan yang menggunung digantungkan kepada> anaknya.>>>>>> “Tapi bang?… ”>>>> “Dahlah… pegi siapkan kerja awak tu, tak usah nak risau tak tentu> hala.>>> Saya nak telefon budak-budak tu,” pintas Pak Uwei sebelum Mak> Pah melahirkan kebimbangannya.>> Lega hati Pak Uwei bila Muaz menyatakan> yang> dia akan pulang kemudian Pak Uwei menelefon Balkis pula di pejabatnya.>>> Dia> hanya menyuruh mereka balik tanpa memberitahu hajatnya.>>>>>> “Insya Allah Kis balik nanti abah. Emm… abah nak Kis suruh Intan> balik> sama?” tanya Balkis.>>>>>> “Ikut suka kaulah, bagi abah yang pentingnya kau dan Muaz.>> Intan tu> ada> ke tidak ke, sama aje. Balik ya?… ,” balas Pak Uwei.>>>>>> Bukannya dia membeza-bezakan anak-anak tapi hati tuanya cepat benar> panas> bila berhadapan dengan Intan.>> Sikap degil dan tak mahu mendengar kata> anaknya itu menyebabkan dia tersangat geram.>> Sudahlah malas belajar> tidak> seperti Muaz dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah.>> Kalau ditegur> sepatah, sepuluh patah tidak menjawab tidak sah.>> Masih Pak Uwei ingat> gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang mereka> bertengkar> besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.>>>>>> “Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL tu.>> Abah mahu kau> sambung> belajar lagi.>> ” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak> bekerja kilang.>>>>>> “Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja> kilang.>>> Kerja kilang pun bukannya haram.>> ” bantah Intan menaikkan darah Pak> uwei.>>>>>> “Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang.>> Kau tak> tengok> berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh> dari> mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan.>> Kau nak bebas macam tu?”>>>> “Itulah abah, selalu nampak yang buruk aje.>> Bukan semua yang kerja> kilang> duk kat KL tu jahat abah.>> Kerja apa dan kat mana pun sama aje, pokok> pangkalnya, hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh, abah.>> ”> Intan> cuba membuat abahnya faham.>>>>>> “Kenapalah kau seorang ni lain benar dari abang dan kakak kau.>> Cuba> kau> tengok Balkis tu, tak pernah dia membantah cakap abah macam kau ni!”>>>> “Intan memang tak sama dengan Kak Balkis abah, Intan suka berterus> terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan bukan membebel kat> belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan lagi bara dalam dada> abahnya.>>>>>> “Anak tak mendengar kata!!, ikut suka kaulah.>> Kalau kau nak pergi,> pergi… aku dah tak larat nak larang.>> Nak terlentang ke?, telangkup>> ke?, gasak kaulah.>> Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu> lagi!!”>>>> Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak memperdulikan langsung apa> yang> Intan nak buat.>> Namun begitu Intan tetap pulang setiap kali cuti, dia> bersikap selamba biarpun abahnya tidak memperdulikannya.>>>> Intan selalu menghulur duit tapi hanya kepada maknya sahaja.>>>>>> Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan> pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya.>> Malam itu selesai menikmati> makan> malam dan berjemaah sembahyang Isya.., mereka duduk berborak di ruang> tamu.>>>>>> “Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni, ada hajat sikit,” Pak Uwei> memulakan bicara.>>>>>> “Hajat apa pula abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.>>>>>> “Abah dan mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai.>>> Memandangkan> bahagian mak kau masih belum cukup lagi abah nak minta Kau dan Balkis> bantu> sikit.>> Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan> hasratnya.>>>>>> “Boleh tu boleh abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi.>> Az baru aje> keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah.>> Sebulan dua lagi> bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz.>>>>>> “Tapi… pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-> lewatnya minggu depan.>> ”>>>> “Kalau dalam seminggu dua ni abah, memang rasanya tak dapat.>> Paling> tidak> pun cukup bulan ni.>> Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan> budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.>>>>>> “Kau beli rumah lagi?.>> , Rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya> PakUwei melindungi kekecewaannya.>>>>>> “Rumah baru tu besar sikit, abah.>> Selesalah buat kami sebab budak-> budak> tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri.>> Lagipun beli rumah> tak> rugi abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.>>>>>> Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis.>> “Kamu macam mana> Kis,> boleh tolong abah? Nanti abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada> rezeki> durian berbuah kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling Pada> Balkis.>>>>>> “Kis pun rasanya tak dapat nak tolong abah.>> Kis baru aje keluarkan> duit> simpanan buat menambah modal perniagaan abang Man.>> Tengah gawat ni> faham> ajelah… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.>> ”>>>> Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.>>>>>> “Man bukan tak nak tolong abah.>> Kalau nak pinjam duit kad kredit> boleh.>>>> Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit> pinjaman.>> ”>>>> “Betul kata Man tu abah.>> Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan> sendiri baru elok,” sokong Muaz.>> Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan> sembilu> yang menikam dada Pak Uwei.>> Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak> Uwei> terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang> diharap-harapkan> menghampakannya.>>>>>> “Tak apalah kalau kau orang tak ada duit.>> Biarlah abah kau pergi> seorang> dulu, nanti kalau ada rezeki mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba> meredakan keadaan.>>>>>> “Kalau nak pergi sendiri, dah lama saya pergi Pah!.>> Tak payah saya> tunggu> lama-lama.>> Kalau awak tak pergi biarlah kita sama-sama tak>> pergi… dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei> bangun> masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.>>>> Intan tahu abahnya benar-benar kecewa.>> Walaupun orang tua itu tidak> menunjukkan rasa kecewanya tapi Intan faham kecewa abahnya teramat> sangat> kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan> mengecewakannya begitu.>>>>>> “Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan> tidak> turut serta balik bersama abang dan kakaknya.>>>>>> “Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil> mencapai> kain selendangnya.>>>>>> “Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat MakPah bersiap-siap.>>>>>> “Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya Intan, kuih lepat> ubi> kegemarannya. ” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebut anaknya.>>> Bukan> sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak.>>>>>> Pagi Isnin tu selepas bersarapan Intan bersiap-siap hendak keluar.>>>>>> “Nak ke mana Intan pagi-pagi lagi dah bersiap ni?”>>>> “Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.>> ”>>>> “Kalau nak ke bandar suruhlah abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.>>>>>> “Tak payahlah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni.>> Nanti bising> pula> abah tu. Intan pergi dulu.>> “sambil mencium tangan Mak Pah yang> menggeleng> kepala memerhatikan Intan berlalu pergi.>>>>>> Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati,> membuat> anaknya itu menyisihkan diri.>>>>>> Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu mak dan abahnya> sedang> menikmati juadah tengah hari.>>>>>> “Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama.>>>> Ni abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.>> ”>>>> “Ingat lagi abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak> bertangguh> mencapai pinggan.>>>>>> “Mak bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje> yang> lupakan mak bapak,” jawab Pak Uwei sinis.>>> Intan tersenyum pahit.>> Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan> menunaikan> solat Zohor kemudian dia mendapatkan mak> dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu.>> Abahnya sedang membaca> suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.>>>>>> “Mak, abah… Intan ada hal sikit nak cakap ni… ,” ujar Intan> menghampiri mereka.>> Pak Uwei menurunkan suratkhabar> yang dipegangnya kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk> membaca.>>>>>> “Apa hal… kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan.>> Tawa> Intan> meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya.>>>>>> Melihat Intan tergelak besar Pak Uwei turut tertawa.>> Mak Pah pun> tergelak> sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang> hilang dulu mula menyatu. “Abah ni… ke situ pulak….”>>>> “Habis tu?”>>>> “Ini… Buku Tabung Haji mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu.>> Yang> ni,> resit memasukkan duit ke akaun mak. Semuanya Intan dah uruskan.>> Dan ini> dua> ribu untuk buat duit kocek mak dan abah.>> Yang dua ratus lagi ni untuk> buat> kenduri doa selamat sebelum> berangkat nanti.”Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.>>>>>> “Apa??” Pak Uwei terkejut matanya merenung Intan dan duit di> tangannya> bagai tidak percaya.>>>>>> “Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu.>> Duit hasil titik> peluh> Intan yang halal abah, terimalah.>> Selama ini Intan banyak kali> kecewakan abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati abah.>> Selama> ini> pun Intan selalu sangat rasa kalah pada abang Az dan Kak>> Balkis.>> Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak> seperti mereka. Intan tahu abah selalu kecewa dengan Intan.>> Hanya kali> ini> Intan dapat tunaikan hasrat abah.>> Dah banyak kali abah tangguhkan> hasrat> nak naik haji.>> Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pula tak> sihat. Sekarang ni masa yang sesuai.>> Intan harap, abah sudi terima> pemberian yang tak seberapa ini dari Intan,”>> tutur Intan perlahan memerhatikan airmata menuruni pipi abahnya yang> sudah berkedut dimamah usia.>>>>>> “Terima kasih Intan. Malu rasanya abah nak ambil duit kamu… dulu> abah> selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi tapi> akhirnya anak abah yang kerja kilang yang membantu abah,” luah Pak Uwei> sambil mengesat airmata terharu atas keluhuran hati anak yang selama> ini> dimusuhinya.>>>>>> “Sudahlah abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi.>>> Intan> gembira abah sudi terima pemberian Intan.>> ”>>>> “Pemberian kau ni terlalu bernilai bagi abah dan mak kau> Intan…”ujar> Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.>>>>>> “Hah… tulah, jangan suka memperkecil- kecilkan anak saya ni,”> MakPah> mengusik Pak Uwei sambil mengesat airmata penuh kesyukuran.>>>>>> “Mak ni… ,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih.>>>>>> Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang> datang> menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah.>> Intan memerhati dengan perasaan> gembiran> bercampur hiba.>>>>>> “Semua dah siap ke mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya> memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.>>>>>> “Dah rasanya… ada apa-apa yang Intan nak pesan mak belikan di sana> nanti?”>>>> “Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli mak.>> Yang>> penting mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.>> ”>>>> “Hah, awak dengar tu… kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan> nak> membeli-belah, ” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan> dua-beranak> itu.>>>>>> “Intan tak nak mak dan abah belikan satu apa pun dari sana .>> Hanya> satu> yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,”>> pesan Intan sambil memeluk emaknya.>> Mak Pah dan Pak Uwei> berpandangan.>>> Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.>>>> ………… ……… ……… …….>> Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air.>> Pak Uwei> mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya.>> Dalam keriangan telah> menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak> sedap> di hati.>> Perasaan rindu pada anak-anak terutama Intan bagai menyentap> tangkai hatinya.>> Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di tanah> suci.>> Intan tidak berkata sepatah pun tapi bagai memberitahu yang dia> akan> pergi jauh.>>>>>> “Kenapa resah aje ni, bang?” Mak Pah terjaga.>>>>>> “Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.>> ”>>>> “Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah.>>>>>> Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.>>>>>> “Mak… abah… ,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian> abahnya> tanpa dapat menahan airmata menitis laju.>>>>>> “Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau> mencari> wajah Intan.>>>>>> “Mereka menanti di rumah, abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil> mencium tangan Pak Uwei.>> “Intan pun tak datang juga ke?” Tanya PakUwei> terasa hampa.>>>>>> “Awak ni… kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.>> ” Mak Pah> menggeleng, dua tiga hari ini nama Intan tak terlepas dari mulut>> suaminya.>> Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa> begitu lama oleh Pak Uwei.>> Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya> turut> berasa bagai ada yang tak kena.>>>>>> “Dua tiga malam sebelum balik, abah kau mengigau terjerit-jerit dia> panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.>> ”>> cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman.>> Muaz diam sambil mengerling Azman> yang sedang memandu.>>>>>> “Tentulah abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas> Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.>>>>>> “Tapi, abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi abah tu,> abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh.>> Tapi dia tak> bercakap pun hanya renung abah.>> Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau> Az?”>>>> “Err… tak ada abah.>> Kita berhenti minum dulu abah, tentu mak haus,”> ajak Azman menukar tajuk perbualan.>>>>>> “Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei.>>>>>> Azman dan Muaz hanya berpandangan.>> Sebaik turun dari kereta, Balkis> meluru memeluk mereka dengan tangisan.>> Suara Pak Long> Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.>>>>>> “Mak dengan abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan> ibubapa> mentuanya.>>>>>> “Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit.>> Intan mana, dia tak balik ke?”> Mak> Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.>>>>>> “Naik dulu Ngahnya…,” suruh Long Semah.>>>>>> “Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun> memberitahu> di mana Intan.>> Pantas dia memanjat tanggu menuju bilik>> Intan.>> Matanya terpaku pada bekas bara yang terletak di sebelah katil> yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.>>>>>> “Az… mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara> yang> menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.>>>>>> “Sabar abah… ,” Muaz menggosok belakang abahnya.>>>>>> ” Kenapa Az … kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan cucunya dari> pangkuan> dan melangkah laju ke bilik Intan.>>>>>> “Mak… Intan dah tak ada mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang> terduduk lemah.>>>> Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu.>> Mak Pah terus> pengsan.>>> Bila dia terjaga dia melihat anak menantu> mengelilingnya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.>>>>>> “Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita.>> Intan pergipun dalam> keadaan> tenang.>> Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah> tertunai,”> pujuk Long Semah yang masih belum pulang.>>>>>> “Intan ada tinggalkan surat untuk kita.>> Dia memang dah tahu dia tak> akan> hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak.>>> Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih> atas pemergiannya.>>> Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah.>>>>>> “Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak> Pah> tersedu sedan.>>>>>> “Kami semua ada mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya mak.>>> Sebenarnya dia yang ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah> sebelum> mak dan abah balik.>> Masa sampai tu dia sihat lagi tiba-tiba malam> Khamis tu> lepas solat Isya.. dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun.>> Az> nak> hantar ke hospital tapi katanya masa dia dah tiba.>>>> Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya.>> Dia meninggal subuh> hariJumaat> mak… tiga hari lepas.>> Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenangmak,”> cerita Muaz.>>>>>> Mak Pah mengenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan> memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.>> Dan ketika itu> bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan,”Intan tak nak mak dan abah> belikan satu apa pun dari sana .>> Hanya satu yang Intan mahu, mak dan> abah> doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat..”>>> Tamat….>>>> Moral cerita … buat baik dan berbaktilah kepada kedua ibu bapa> sementara mereka masih ada di dunia ini.>> Harta benda hanyalah> sementara berbanding amalan yg kita lakukan selagi tubuh badan kita> bernyawa. Renung-renungkan. ….

cite-cite first class bagi aku

aku bukan jenis yang suke sangat menghabiskan masa menonton cerita beratus-ratus minit.dan banyak filem2 keluaran malaysia kurang berkualiti membuatkan aku jelek untuk menonton.tp x semua.ade gak yang hasil karya yang bagus.dan sekarang banyak gak yang mula menghasilkan karya2 yang bagus.


gol&gincu
kami the movie




hana yori dango







kisah semalam

malam ni aku terjaga dari tidur kul 1:30
tgk handset da berbelas2 sms masuk
akibat dari tension dan kebosanan yang berpanjangan
lepas lepak2 tgk sepital
terasa mengantuk
tido awl la aku....
kul 9 lebih da lelap
terjaga dari tido aku bukak tb(tb da elok..tp colour x cantik)
pastu ym
telepon seseorang (adik "a" aku)
sembang2 dekat2 setengah jam
sambil duduk2 kat branda
tgk sepital
ade penambahan bunyi plak
anjing menyalak
lepas bis sembang tg tb lg
sambil menaip2 ni

Wednesday, November 19, 2008

ilham aku

tuhanku

diruang hati ini
tiada lain
selain engkau tuhanku yang esa
berlari aku kepada-Mu tuhan
saat tiada yang bisa menenagkan hati ini

kasih-Mu mewangi
biar mereka kata tentang diri
aku masih ada tuhanku
yang takkan meninggalkan aku


terasa indah
meresap ke sanubariku
bahagia selalu dihati
akan hilanglah rasa itu
andai tiada Dia
tak mati aku dihina
tak hidup aku dipuji

hakcipta terpelihara
reha08

aku

aku tak mahu lagi
memahami setiap apa yang berlaku
perhatikan disekelilingmu
dan nikmatinya

aku ingin terus berlari
mengejar impian hati
walaupun tak pasti
dapatkah ku genggami

aku masih mahu
melakar luahan rasa melalui pena
biar hanya aku mengerti
andai engkau tidak


hakcipta terpelihara
reha08


memori bersama

melangkah sendiri menyusuri
memori yang telah kau tinggalkan disini
ku damba kehadiran detik kita
bersama semula

tertawa aku melihat engkau
berlari-lari seperti anak kecil
hanya kenal dunianya sahaja
paling indah

saat kau menangis kesedihan
aku tempat kau luahkan segalanya
meskipun aku tak tahu derita engkau
ku cuba merubah segalanya

tak sanggup aku melihat
engkau terus begitu
dan kini aku tertanya
siapa yang akan menyayanyi dirimu

hakcipta terpelihara
reha08



kenangan

secebis kenangan membawa seribu erti kemanisan
kenangan bersamanya
kini aku berhenti berharap
berharap ia kembali

banyak hati yang singgah
namun tak semuanya di jiwa
aku merasa ada yang hilang
seperti langit tanpa sinar bintang

mungkin ini yang perlu aku lalui
sering meresahkan hati
ku biarkan ia berlalu
saat angin terhembus

hakcipta terpelihara
reha08


kisah kita


ingin ku lakar sebuah cerita
kisah antara kami berdua
persahabatan terjalin tanpa sengaja
hingga tersemat sayang dijiwa

namun apakan daya
terlerai bagaikan kaca
persahabatan itu
aku relakan dalam terpaksa

mungkin yang terjadi
suratan takdir hidup ini
melepaskan ia pergi
lebih baik dari terseksa


hakcipta terpelihara
reha08



lara

makin jauh kau lari dari aku
makin tak terkejar diriku ini
dan ku membiarkan kau terus berlari
dan hilang dari pandangan

aku disini terus mengharap
agar kau datang kembalia
tau menoleh ke arah ku
tiada apa mampu ku lakukan

anehya dapat ku dengar degup jantungmu
biarpun kau tiada disisi
adakah kau turut merasa
tekad ku teruskan hembusan nafas
kerana kekuatan itu
lara

hakcipta terpelihara
reha08


saudaraku

TERSEDAR AKU DARI LAMUNAN
SAAT DISAPA DERITA HATI
DARI SANA TERDENGAR TERIAK TANGIS
MENAGIH SECEBIS SIMPATI

MENGHARAP SETITIS KASIH SAYANG
MAMPUKAH AKU YG KERDIL INI
MENGHULUR HARAPAN
ANAK KECIL INGINKAN BELAIAN
SELEMBUT SUTERA
BUKAN SENGSARA BERTEMANKAN AIR MATA

WANITA DIHINA TAK DILINDUNGI
WALAU SELURUH ALAM BERGEMA TERIAKAN MEREKA
TETAP HATI KECIL MEREKA TABAH
PERCAYAKAN KUASA-NYA

HANYA PADA-NYA MEREKA BERSERAH
BIARKAN MATI DIBUMI SENDIRI
TAK SANGGUP IMAN DIKORBANI
SERANGKAI DOA TERDAYA KU BERIKAN
SAUDARAKU

hakcipta terpelihara
reha08



tanpamu

tanpamu
tiada yang indah didunia
dan tiada yang berbeza
tak lagi seperti dulu

tiada siapa patut menyerah
memperjuangkan cinta
kata kau kepadaku
kini kau yang menyerah

ku terlalu menyayangimu
menyintaimua
ku ingin kau
menemaniku hingga akhirnya

hakcipta terpelihara
reha08


sepi malam

sepi malam
membawa aku kepenghujung waktu
mengimbau kembali sisa hidup semalam
walau seluas lautan tak bisa ditebus

dosa dan noda
yang tertinggal dijejak kehidupan
Ya Allah Ya Tuhanku
ampuniku
terima taubat

ku akan kuserah jiwa dan diri ini
kepadamu
hanya untukmu
tak terdaya
andai tiada lagi rahmat-Mu

hakcipta terpelihara
reha08

kasih

sayu hati ini
mendambakan kasih-MU
hidup terasa sepi tanpa kau disisi
anggapanku dunia ini segala-galanya

rupanya aku tersasar
menilai kaca itu permata
bila tersuluh sinarnya
diri ini seakan disaluti debu kotoran dunia
dihantui dosa-dosa semalamku

harapku Ya Allah
andai aku terleka dari mengingati-Mu
tersasar dari jalan
kau berilah aku dugaan
agar aku tersedar dari lena yang panjang

hakcipta terpelihara
reha08

rindu sahabat

KISAH PERSAHABATAN
TAKKAN LUPUT DARI INGATAN
TERIMBAS KEMBALI KISAH AKU
MEMBAWAKU KE DESTINASI PERASAAN

TERJALIN KASIH DAN SAYANG
BERABAD LAMANYA
NAMUN PUTUS SEKELIP MATA
BANYAK PERSOALAN
MASIH TAK BERTEMU JAWAPAN

SALAHNYA ATAS AKU DAN ENGKAU
ATAU PERSAHABATAN KITA
BEGINIKAH SELALUNYA PERTEMUAN
BERAKHIR DENGAN PEPISAHAN
SELAIN KEMATIAN

ANDAI KU MAMPU
SANGGUPKU BERIKAN SEISI DUNIA
UNTUK MENGGANTIKAN PERSAHABATAN KITA
KERNA AKU TAK BERDAYA
MENANGGUNG PERASAAN RINDUKU KEPADAMU
SAHABAT

hak cipta terpelihara
reha08

lafaz cinta

sambutlah jemariku kasih
usah dilepaskan dari genggaman
masih segar di ingatanku
hanya kita waktu itu

saat kau melafazkan ungkapan cinta
hanya aku
dan bulan menjadi saksi kita

baru ku sedar
hanya engkau
dapat mengetuk pintu hati ini

terima kasih
Ya Allah
kerna pertemukan aku dengannya
insan terbaik untukku

hakcipta terpelihara
reha08

terpisah kasih


terpisah kasih antara kita
terrlerai sudah kemesraan
terpaksa ku buang engkau
dari hidupku ini

aku juga mengerti perasaan hatimu
biarpun tiada siapa yang tahu
selain aku
tunduk sedih menahan sendu

tiada lagi teman menangis
suka duka
riang ketawa
hanya engkau
pendengar setia bicara ku

saat aku dikeji dihina
hingga jatuh air mata ke dunia
engkau hadir menenagkan jiwa
tiada lain hanya engkau sahaja

genggaman tanganku
lemah lesu
melepaskan hangatnya pelukan
aku berlalu tanpa berpaling
kau setia memanggil aku

tak sanggup ku lalui saat itu
maafkan diri ini kasih
andai aku bersalah

hakcipta terpelihara
reha 08

(x de tajuk)


aku…
terus berjalan tanpa bicara
ada sendu di hati
ada titis air mata dipipi

andaiku tahu
takkan ku pertaruhkan cintaku ini
biarkan tetap dihati
ku telah cuba
untuk menyayangi dan memiliki

kau tak mengerti
sesungguhnya aku mencintaimu
tiada dendam
tiada sengketa

tak perlu lagi bertemu
tak perlu lagi bermesra
ku redhainya terjadi

hak cipta terpelihara
reha 08

(x de tajuk)


setiap saat inginku dekati
hanya kau sorang dihati ini
ku harap angin bayu kan menitipkan rindu
untuk kau

aku ingin kau slalu ada
saat menatap sepasang matamu
dan keayuanmu
hatiku tertawan

asyiknya
bila dilamun cinta anugerah illahi
asyiknya
bila dilamun cinta anugerah illahi
namun kini
kau pergi tanpa pesan
tinggal ku sepi sendiri

kau slalu buat ku rindu
tahukah kau
tak berdaya diri ini
tetap kucuba
disini tanpa dirimu

hak cipta terpelihara
reha 08

(x de tajuk)


kasih….
cinta dan sayang ku padamu
hanya satuku cuba untuk memiliki
seperti angin
tak bisa ku genggam
begitulah dirimu

kau umpama bidadari
yang layak
buat sang putera

mugkinkah aku akan terus
bermimpi dalam jaga
kerana ia terlalu indah
tak ingin ku lepaskannya berlalu
begitu sahaja

hak cipta terpelihara
reha 08


CINTA KITA

cintamu bagai angin
tak dapat kulihat
namun dapat ku rasai
walaupun telah lama kau pergi
meninggalkan diriku seorang diri

takkan ku biarkan
cintamu pudar dari hatiku
andaiku punya waktu
ingin ku ulang kembali
agar dapat ku semai cinta lagi kepadamu

biarpun sebentar kita bahagia
tetap menjadi memori terindah
dalam hidupku
tanpa ku sedari
ku hanyut
dalam kenangan

hakcipta terpelihara
reha08

AKU TAKUT

Ya Allah Ya Tuhanku
ku harap pada-Mu
janganlah Kau jauhi diri-Mu dariku
dan memalingkan pandangan-mu
dariku
walau sesaat
aku takut
aku takut
aku sangat takut
hidup tanpa kasih sayang-Mu
dan
lindungi aku dari azab-Mu
suburkanlah di hati ini dengan iman
sucikanlah jiwa dengan taqwa
cintaku kepada-Mu melebihi segala-galanya

hakcipta terpelihara
reha08

KU MENGERTI

tanpa ku sedari
air mataku gugur di pipi
terkenang perbuatanmu
menghinaku tanpa mengenal hati budi

sungguh terhiris hati ini
kau yang berjiwa suci
tak pandai menjaga hati
selepas dari tragedi itu
tergambar diwajahmu kekesalan

namun ku sudah melupakannya
dan kau sudah ku maafkan
tetap ku kesal

kerna tiada maaf
yang terucap
mugkin malu menebal di dirimu
ku mampu mengerti

hak cipta terpelihara
reha08

SETAHUN SUDAH BERLALU

teringat ku kembali
biarpun setahun sudah berlalu
luka ku masih terasa
biarpun kau tak tahu

rasa hati kecil ku ini
tidakkah kau merasa
saat engkau melafazkannya

ingin ku ulang kembali
agar linangan air mataku ini
dapat ku tahan dari jatuh ke bumi
kerna ku tak ingin kau menyaksikan
aku lemah dan tewas

hakcipta terpelihara
reha08

sandiwara rama-rama

tuk memilikimu
beribu syarat kau beri
namun tak pernah ku menyerah kalah
tetap hati mu ingin ku miliki

dalam beribu yang datang
kau juga yang terpilih
mengapa ku tak tahu

semakin lama
perjuanganku untuk merebutmu
lenyap tanpa ku sedari

semenjak itu
hanya senyuman bisa ku berikau dengan hidup kau
aku dengan hidupku
akhirnya cintamu datang
seperti rama-rama

saat ku kejar kau lari
saat ku berhenti
kau singgah di bahu

kini
telah ku temui
insan yang bisa menyayangi

hakcipta terpelihara
reha08

* akan diupdate karya2 baru

sekapur sireh

nama: nurul farehah ismail

lahir: 18 januari 1988

dilahirkan: kuala kubu bharu,selangor

tinggal: selayang

kampung: kelantan n kedah

blajar: diploma in business administration, international islamic college

panggilan: reha..farehah..acik..farah...haha...peah..nurul