Sunday, December 28, 2008

rehlah bersama UNIC -sungai congkak(27 dec 08)

seronok betul aku hari sabtu ari tu..
walaupun abis sakit2 badan sume..tp tetap enjoy
bertolak dari rumah pukul 7:15 pagi..ambik ktm dari kepong ke bandar tasik selatan. bas yang akan bawak aku ke sungai congkak menunggu kat sana.aku g ngan adik aku.


lebih kurang 50 org join rehlah ni termasuk la krew2...sepatutnya lebih dari tu jumlahnya...tp ramai yang x dpt hadir last2 minit sebab ade hal lain.

antara aktiviti yang dijalankan ialah..

  • pecahan kumpulan iaitu terbahagi kepada 5 kumpulan

  • ice breaking antara ahli2 kumpulan dan artis2

  • memerah otak bg nama tuk kumpulan (fenomena nama kumpulan aku)

  • perkahwinan alan

  • isi air dalam botol

  • sambutlah sayang

  • mini show dari UNIC, algebra, devotees (adi&halim), dan razin (mestica)


    • *sesi kejutan elektrik_ramai yg kene kejutan elektrik dari microfon.paling banyak fitri...sampai cam trauma.
      *fadzli dibaling dengan belon air oleh alan dlm sesi penutup tuk pembalasan dendam...
      *unic belanje ice crem...best giler..


      pendaftaran peserta


      penerangan aturcara aktiviti oleh fadzli



      perkahwinan alan - semua group gile2 buatkan baju kawin alan ngan hantaran.bahan yg digunekan?? SURAT KHABAR!! gile kene menggunakan banyak skill2 melipat &kene keluarkan idea2 yg gile2.barang hantaran..gune ape yg ade kat sekeliling sungai congkak.cam batu..bunga..daun..


      mase penerangan tentang konsep pakaian pengantin dan hantaran.macam2 jenis ade..ade yg konsep minangkabau la..melayu+indonesia la..sampai konsep robot pon ade..yg pasti group aku dapat no 3.


      muke2 juri tu pertandingan perkahwinan alan...termasukla alan.serius je mendengar.fitri banyak mendera kitaowg dgn macam2 soklan..

      sepanjang aktiviti dihiburkan oleh algebra secara akustik..mmg best!!!


      bersemangat fitri bercerite sambil makan ice-cream+buat bbq


      ice-cream yg dibelanjakan oleh unic kat peserta2..kegemaran!!!



      tazkiah oleh ustz.udin...selepas solat zohor berjemaah




      fadzli bersusah payah menyedikan bahan2 tuk aktiviti selepas zohor..

      sambutlah sayang..fitri dan isteri peserta pertama yg terkeluar....berkat mulut masin alan


      aktiviti isi air dalam botol..payah gile..


      pe la yang x puas hati tu alan??

      pemegang2 botol..group adik aku yang menang.kitaowg kalah!!


      ucapan dari wakil UNIC.. fitri



      ucapan dari wakil devotees...adi




      dari wakil algebra..razin


      penyampaian hadian tuk group2 yang menang



      show dari UNIC+DEVOTEES


      persembahan dari ALGEBRA...."yang benar tetap benar"

      Friday, December 26, 2008

      berjalan2 ke metropolitan kepong..

      sempat la berjalan2 ngan sepupu aku,adik ngan umi.
      melihat2 keindahan Allah yang Maha Berkuasa..
      penat gak la...
      abis 1 metropolitan tu aku round
      tgk owg main layang2..pak arab pon ade.berlari2 dia ngan anak dia nak naikkan layang2.tp mmg x de skill la.x naik2 gak.

      owg yg ade kat sane sume tgk aku+mak aku+sepupu aku+adik aku...
      sebab??
      dorang ade mate..hahahah
      x la..
      sebab kitaowg pakai baju kurung
      kat sane sume pakai santai je..baju t-shirt,sluar track
      tp peduli pe aku.
      aku mmg kluar umah jarang pakai seluar track@slack + t-shirt@blouse
      slalu pakai baju kurung
      leh kire ngan jari la aku pakai track+shirt brape kali dlm setahun




      siapa ni ADIBAH AHMAD??

      Adibah Ahmad (tak tau samada dipedajal atau apa)dulu kat friendster sekarang dah buat blog guna blogspot pula.

      Samada dia atau siapa yang pedajal dia ni memang kurang ajar. Kalau kat luar negara dah kena halal dah darah dia macam kes karikatur Denmark beberapa tahun lepas pasal blog ni menyamakan menghina Nabi Muhammad SAW dengan cara amat melampau!!! (aku tak sanggup nak taip)

      Ada keluar kat Berita TV3 pasal blog celaka ni. Secara logiknya memang dia diperkenakan kalau tidak takkan paparkan no telefon lagi. No telefon yang tersebut adalah milik sebuah syarikat jual kereta mewah di Kuala Lumpur.

      MCMC pun tidak boleh buat apa-apa pasal blogspot ni blog mendaftar di luar negara tetapi pihak yang berkenaan tolonglah siasat manusia yang bernama Adibah Ahmad ni. Kalau dia menjadi mangsa harap polis dapat siasat siapa yang perkenakan dia. Mesti boleh trace punya sebab detail pasal Adibah Ahmad dia tahu. Di friendster yang kena ban tu pun ada koleksi gambar peribadi Adibah Ahmad. Mesti seseorang yang mengenali beliau secara rapat. Dari gaya tulisannya menunjukkan penulis blog ini ialah orang Melayu dan mengatakan blognya untuk orang yang open minded, orang kampung pergi tempat lain. Betullah orang Melayu Kristian semakin berani malah ada kata sudah wujud Persatuan melayu Kristian. Malah selalu juga menghantar komen di blog ini. Inilah kesan perpecahan orang Melayu Islam sekarang ni.

      Aku mula-mula malas nak dedahkan blog ni sebab takut ada yang terpedaya dengan blog ni, tetapi masa ni setiap orang Islam menggunakan kuasa kita di alam cyber.

      Jom FLAG blog celaka ni --> http://adibahahmad.blogspot.com

      Lepas tu klik Flag Blog.


      credit to http://www.isuhangat.blogspot.com/

      Sunday, December 21, 2008

      kek untuk adik angkat aku..

      akhirnya tertunai gak janji aku nak buatkan kek chocolate tuk adik angkat aku. padahal birthday dia da nak dekat sebulan berlalu.aku terlalu sibuk sangat dengan hal-hal lain yang membuatkan aku kurang masa. sempat la gak aku buat dua biji kek.lagi 1 tu tuk makan sendiri.separuh aku bagi kat ayah cik aku(adik mak aku).alang2 dia singgah sebelum gi umah cik tini (adik mak aku gak),aku pesan suh singgah ambik kek mase nak balik ke umah sewa dia.lambat gak la nak tunggu dia dtg ambik..sampai terlelap aku.bile dia sampai je kat bawah umah..dia call suh turun. malas nak naik (umah aku adalah umah kedai,aku duk tingkat 3).tak larat la aku nak turun.aku suh mak aku tolong g anto. pastu bile da sampai umah dia..da makan kek tu..kul 2 pagi anto msj

      "tima kasih bg kek yang sedap,nanti wat lagi bg ayah cik lagi tau"

      ceh...bodek ar tu nak lagi.hahaha...
      ade yang kakak aku bawak gi tempak keje dia..yg lain dorang makan.aku makan sikit je.juz merasa.tapi mmg tebiat aku.kalo masak kekadang aku x makan pe yang aku masak.

      rupe awal...mak aku kate x naik langsung warne dia.so aku pon tambah la chocolate putih.



      setelah di design sedikit... agak selekeh..huhuhu..



      siap tuk penghantaran...







      ni plak kek tuk makan sendiri.x de la nak hias2.just letak chocolete cair je ats kek tu.




      Saturday, December 20, 2008

      penat seharian di bukit jalil




      penatnye..


      seharian di bukit jalil


      saje berjalan2 kat jom heboh


      dari rumah adik aku drive ke Lrt kepong(x tau jalan ke bukit jalil..jalan paling slamat...naik pengangkutan awam)


      pergi pon naik ktm dari kepong ke kl sentral..pastu ke bandar tasik selatan..pastu naik Lrt ke bukit jalil (RM 2.9)


      sepatutnye dari kepong terus je ke bandar tasik selatan..tapi disebabkan kebodohan..leh plak turun kat kl sentral nak ambik Lrt (ingatkan ade la ke bukit jalil)


      sebelum g ke lrt tu..adik aku suh ambik duit dulu kat BSN selayang jaya...


      da la beratur bukan main lama..


      sampai je turn aku..


      kad bank adik aku x leh masuk


      puas da aku duk cucuk..


      last2 aku blah je cam tu


      aku tgk owg lain leh je


      aku terus g mybank


      leh plak


      biol tul BSN tu


      seb baik kat mybank x de owg


      x yah la beratur


      pastu mase naik Lrt kat bandar tasik selatan tu plak salah naik tren


      hahahaha..


      turun la kat the next station


      pergi laluan yg sebelah nye..


      malang tul la hari ni


      mase kat bukit jalil plak aku berlari2 mengelak dari belon


      byk sangat plak belon kat sane


      da la aku takut ngan belon


      takut meletop


      memang teramat penat


      macam nak pecah telinge aku


      macam2 muzik de..


      da la kuat plak tu


      sempat la ambik beberape gambo sendiri dan artis2 lain


      nanti de mase aku upload






      menjadi ketakutan aku yang teramat!!

      Friday, December 19, 2008

      slalu aku rasa owg lain lari dari aku
      MEMANG PON!!!
      apa salah aku???
      aku de wat salah ngan korang??
      juz jadi kawan aku waktu korang de prob je??
      datang cari aku untuk dapatkan nasihat
      bile korang x de masalah..happy..
      tego aku pon x
      susah bagi aku nak cari sahabat ni..
      kekadang aku rase ramai nak kawan ngan aku ni...
      anggap anggap persahabat tu x de maknenye
      macam bunga
      dalam mase 2-3 hari da layu..dan akhirnya gugur dari tangkai
      padahal..
      mase awal2 dapat bunge tu..
      haruman bunga tu dihidu setiap mase..
      bile dah layu..
      tong sampah tempat selayaknya??



      SAHABAT_AIZAT

      Sahabat…mengapa kau pergi
      Tinggal aku sendiri
      Kau tahu ku tak sanggup

      Sahabat…ingat lah kau slalu
      Jadi yang terbaik
      Walau kau tak
      disini lagi

      Sahabat…aku rindu padamu
      Datang walau sesaat
      Ku
      ingin kan kau hadir

      Chorus:
      Aku disini dan menunggu
      Diam tanpa
      dirimu
      Kau tahu ku tak bisa
      Beranjak terbang dan melayang
      tanpa diri
      mu ku tak bisa dan kembalilah



      "YA ALLAH,KAU KETEMUKANLAH AKU INSAN YANG BISA MENJADI SAHABAT DUNIA AKHIRATKU...MEMIMPIN AKU KE JALAN YANG BENAR DAN JANGAN KAU PISAHKAN AKU DARINYA"

      Thursday, December 18, 2008

      anak pakcik....
      comey kan??
      tp agak lasak
      (",)

      gile nye bas!!!

      nak cite pasal aku balik dari kolej.disebabkan kolej aku agak dekat ngan umah..aku x tinggal kat hostel atau umah sewa macam member2 kolej aku.tiap2 hari aku ambik bas ke kolej.smlm mase nak balik,bas metro yang aku ambik nak ke rumah mmg penuh tiap2 ptg.ye la..time owang balik keje.bile nak sampai je kat umah aku..owg sume turun.ramai gak yang turun kat situ.slalu x la ramai sgt.aku owg terakhir nak turun kat kawasan umah aku.belum sempat aku nak jejak tanah..driver bas tu terus jalan.pastu tutup pintu.aku terjerit gak la mase tu.tapi driver tu x dengar.bising sangat mase tu.seb baik la aku x jatuh.kalo x da mmg kene gilis da ngan bas tu.ada la sorang mamat ni tolong aku tekankan loceng nak bagi driver tu sedar aku x turun lagi.tp loceng pon x bunyi sebab dia da off bunyi loceng.ramai sgt tekan loceng mase tu..seb baik konduktor bas tu nampak aku.terus la di jerit "jap!!jap!! ada tak turun lagi ni" bengang gile aku mase tu.dorang ni slalu cam tu.da 3 kali jadi cam tu kat aku.lain kali cube la wat bersabar sikit.tgk owg da turun ke belum.ni x.nak kejar penumpang je.takut bas lain kebas dulu.

      Wednesday, December 17, 2008

      1. Percaya Diri

      Keyakinan diri adalah kualiti utama yang sering dicari oleh wanita. Lakukan perkara yang terbaik misalnya kalau anda mahir bermain badminton, maka teruskan bermain badminton dan juga cuba bermain bola sepak. Secara tidak langsung bakat dan kemahiran yang dimiliki akan menjadi lebih baik.

      Berdiri tegak ketika bercakap. Anda juga boleh melakukan senaman di bahagian belakang. Tetapi cara terbaik untuk membuatkan anda yakin pada diri sendiri ialah memandang wanita tepat pada matanya. Cara ini membuatkan anda kelihatan lebih yakin dan matang. Si dia juga akan memberi tindak balas yang lebih baik.



      2. Lelaki Lucu

      Jangan bercakap terlalu serius atau ketawa yang dibuat-buat. Anda dinasihatkan agar tidak bersama teman wanita ketika si dia bersedih. Kemungkinan ini akan membuatkan dirinya lebih berduka. Paling tidak, cuba mengingati filem atau kisah lucu yang anda pernah tonton lalu menceritakan kepadanya agar si dia kembali tersenyum. Pujukan dengan cara ini lebih menikamkalbu daripada memaksakan diri mewujudkan suasana ceria. Anda boleh mencari idea agar si dia dapat melupakan krisis yang dihadapinya. Di samping itu anda juga boleh membantunya menyelesaikan kekusutan yang melanda jiwanya.



      3. Romantik

      Wanita sebenarnya menginginkan lelaki yang romantik. Dan harus diingat romantik bukan bermakna gatal atau miang. Lelaki yang romantik ialah pandai mengambil hati dan bijak berkata-kata. Sikap yang mengambil berat tentang diri mereka dan penyayang menjadi salah satu aspek yang sering diberi perhatian oleh wanita. Biarpun mereka kelihatan rugged atau agresif tetapi dalam hal pemilihan teman lelaki kebanyakannya mahukan yang romantik.



      4. Lelaki Bijak

      Wanita sering bermimpikan lelaki yang bijak pandai. Untuk kecergasan, selalulah bersenam kerana ini akan menambahkan jumlah oksigen ke dalam otak. Fikiran menjadi lapang dan otak mudah menerima ilmu atau perkara baru. Wanita gemarkan lelaki yang bijak dan rajin membaca. Tidak semestinya anda seorang ahli akademik tetapi anda boleh mencubanya. Pakai cermin mata tanpa kuasa kerana ini akan memperlihatkan anda seorang yang intelek. Selain kacak, hati wanita mudah cair dengan lelaki yang kelihatan intelek.



      5. Suka Kanak-Kanak

      Wanita menganggap seorang lelaki bijak adalah berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang termasuk menjaga kanak-kanak. Hati wanita mudah tersentuh dengan lelaki yang sukakan kanak-kanak. Ini membuktikan anda layak menjadi bapa yang penyayang.



      6. Bijak Berdandan

      Lelaki juga hendaklah bijak merawat atau memanjakan tubuh. Selain pakaian yang sesuai dan kemas, kebersihan tubuh juga hendaklah diberi tumpuan. Selain itu, kuku hendaklah dipotong rapi dan bersih

      cinta??


      perlukah cinta dalam hidup kita??
      walaupun aku sendiri tak penah kenal erti cinta
      tak penah ada rasa rindu kepada kekasih hati
      tak pernah nak ber"sayang" atau ber"b or bb"
      pada pendapat aku la...
      cinta dan rasa sayang tu perlu dalam hidup kita
      saat kita perlu menyusuri cabaran hidup yang kian sukar
      perlunya seseorang yang bermakna dalam hidup kita unuk memberi sokongan dan kasih sayang
      kadang kala cinta juga dapat memberi kekuatan kepada seseorang dalam menuntut ilmu
      dialah yang menjadi pembakar semangat dan sumber inspirasi
      bercinta itu harus berpada-pada
      jangan la di sebabkan terlalu cinta sanggup menyerahkan segalanya
      dia belum tentu menjadi suami kita
      namun keyakinan bahawa dia adalah bakal suami kita perlu ada
      jangan juga kerana cinta kita sanggup merana
      akibat putus cinta sanggup memisahkan jasad dan nyawa
      alam percintaan memang banyak dugaan
      cinta itu tak perlu dikejar
      kerna andai sudah takdir dia yang menjadi pasangan sehidup semati kita
      sejauh mana dia lari dan menghilang..
      pasti dia akan muncul kembali

      Tuesday, December 16, 2008

      life..

      A small truth to make life 100%

      if

      A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

      is equal to

      1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26


      Hardwork?....maybe?

      H-A-R-D-W-O-R-K

      8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


      Knowledge? indeed?

      K+N+O+W+L+E+D+G+E

      11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%


      How about love?

      L-O-V-E

      12+15+22+5 = 54%


      Luck?

      L+U+C+K

      12+21+3+11 = 47%
      (most of us think this is the most important!!!)


      Is it money?

      M-O-N-E-Y

      13+15+14+5+25 = 72%


      Leardership? NO!!!

      L+E+A+R+D+E+R+S+H+I+P

      12+5+1+18+4+5+18+19+8+9+16 = 115%


      Every problem has a solution, only if we perhaps change our ATTITUDE to go to the top, do that 100% what we really need to go further....a bit more...
      ATTITUDE!!!

      A+T+T+I+T+U+D+E
      1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

      It is our attitude towards life and work that make our life 100%!!!
      ATTITUDE is everything
      Change your attitude and you change your life!

      JODOH

      "Jodoh ditangan tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk"

      Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika tesebut hanya bermaksud "Jodoh ditangan tuhan" maka ada kebenarannya tetapi ayat seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan tuhan bila berlaku kegagalan.

      Seringkali kita dengar, "sudah takdir tuhan, jodoh saya tak panjang"

      Daripada pendapat itu,adakah tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang menentukannya.

      "Jodoh ditangan tuhan,tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya"

      Pendapat ini lebih baik, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh.

      Pendapat ini lebih sempurna "Jodoh ditangan tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan tuhan"

      Monday, December 15, 2008

      10 tips rasa hebat!!!

      WARNA GIRANG

      kajian membuktikan kamu akan berasa lebih gembira jika dikelilingi warna terang. ini mugkin mengingatkan kita kepada matahari. jika kamu tidak mempunyai pakaian dari rona begini, kamu boleh menghiasi meja kamu dengan bunga ros atau matahari.pasti ceria!!

      ALAM SEMULAJADI

      cuti pada hujung minggu adalah untuk berehat. luangkan sedikit masa di belakang rumah untuk menikmati alam semulajadi sambil menikmati secawan teh ataupun minuman kegemaran kamu. percayalah, merehatkan diri diluar rumah boleh memperlahankan denyutan jantung dan meredakan perasaan negatif.

      NIKMATI BUAH OREN

      menikmati buah-buahan seperti oren,mampu memulihkan mood, kata pakar psikologi Dale Askins, PhD. untuk makan buah oren kamu perlu mengambil masa untuk mengupasnya.jadi kamu pasti menjamahnya secara perlahan-lahan.

      BUANG PERASAAN NEGATIF

      tarik nafas panjang-panjang secara perlahan,kemudian hembuskan dalam lima kiraan.simboliknya,kamu "menarik" masuk unsur positif kedalam minda kamu.

      MEMBELI-BELAH

      bagi sesetengah orang membeli-belah menjadi satu aktiviti yang dapat meredakan tekanan.tetapi kesannya akan membuatkan kamu berasa lebih teruk apabila kamu rasa menyesal kerana telah menghabiskan wang.pastikan sebelum mengatur langkah ke pusat beli-belah kamu tahu apa yang ingin dibeli atau pun berazam untuk "melihat-lihat" sahaja dan bukan membeli.

      RIADAH

      kadang kala kamu tidak mampu meneruskan niat hati untuk berehat pada hujung minggu.ada sahaja yang menganggu.kamu boleh mencuba cara ini.tinggalkan telefon,beli makanan kegemaran kamu dan teruskan berjalan ke kafe ataupun taman.seeloknya berteman, tetapi cari teman yang boleh membahagiakan kamu di saat itu.

      HUBUNGAN

      dalam kesibukan menjalani aktiviti seharian,tetapkan satu hari untuk bertemu teman-teman lama yang berlainan bidang. kamu boleh makan malam bersama-sama sambil berbincang ataupun berkongsi masalah.kawan-kawan yang memahami mampu menceriakan hidup kamu dan pastinya kamu sentiasa bersemangat dalam menjalani kehidupan.

      PENAMPILAN

      rangsang semangat kamu dengan penampilan baru ataupun untuk lebih jimat,selak almari pakaian kamu.pasti ada pilihan pakaian yang mampu membuatkan teman sekeliling akan memandang kamu untuk kedua kali.

      MEMORI CERIA

      mengimbas kembali kenangan saat-saat indah bersama teman mampu memberikan sensasi yang cukup hebat buat kamu.

      IMAGINASI DUNIA IDAMAN

      dalam keadaan tertekan,cuba tarik perhatian kamu ke dunia fantasi.terpulang sama ada destinasi percutian idaman kamu ataupun zaman kanak-kanak.

      tikus belanda yang baru...




      selamat datang ke dunia!!!













      Sunday, December 14, 2008

      ALGEBRA


      Algebra adalah sebuah kumpulan muzik baru yang berda'wah melalui muzik.mereka terdiri daripada 6 anggota pelbagai latar belakang dibawah petunjuk xifu naser sebagai mentor mereka. Algebra terdiri daripada Ahnaf (vocalist), Aky (lead guitarist), Aliff (drummer), hafiz (percussionist), dan King (keyboardist).

      Album mereka yang bertajuk "YANG BENAR TETAP BENAR" merupakan kerjasama antara seorang mufti iaitu Dr. MAZA dan Algebra. Lirik kesemua lagu dalam album ini adalah berlandaskan puisi-puisi DR MAZA.

      Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album mereka adalah:
      • Aku bukan musuh harta
      • Puisi 1: itulah politik namanya

      • Aku rela
      • daerah ini

      • Derita hati seorang bonda

      • Puisi dunia

      • Suara tajdid kami

      • Puisi 2 : salah menduga

      • Yang benar tetap benar













      *** album dorang aku da beli..mmg best2 lagu dorang.x rugi beli.dorang pon ade sore yang mantap.boleh perform live.penah tgk dorang perform 2 kali live..mmg puas hati sesgt.sore mmg best.

      *** so jangan lupe beli album dorang....support artis malaysia.x kira la nasyid ke..rock ke..balada ke...

      Thursday, December 11, 2008

      aku yang berjiwa agak jiwang..LOL


      4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita

      Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik
      masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka
      yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga
      amanah itu. Mereka ialah:

      1. Ayahnya

      Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan
      anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan
      segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji
      dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
      menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi
      kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke
      neraka oleh anaknya.

      (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal
      keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau
      mengajarnya bersolat & saum?.. menutup aurat?..
      pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
      maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka
      jahannam.)

      2. Suaminya

      Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
      isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan
      diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg
      bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
      seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah
      bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia
      akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm
      neraka.

      (p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal
      keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
      Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya
      mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yg
      kau akan
      sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

      3. Abang-abangnya

      Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga
      maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara
      lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan
      keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari
      ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat
      kelak.

      (p/s; Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn
      hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau terlepas...
      kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat
      kelak... jika membiarkan adikmu bergelumang dgn
      maksiat... dan tidak menutup aurat.)




      4. Anak2 lelakinya

      Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu
      perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu
      membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata
      dan sebagainya... maka anak itu akan disoal dan
      dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.... dan nantikan
      tarikan ibunya ke neraka.

      (p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
      nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... krn ibu
      juga insan biasa.... x lepas dr melakukan dosa...
      selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka.... jika
      tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
      ................................................
      Lihatlah...... betapa hebatnya tarikan wanita bukan
      sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu
      hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang
      atau anak harus memainkan peranan mereka..

      Firman Allah S. W. T;

      "Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu
      dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia,
      jin dan batu-batu....."



      SETELAH MEMBACA NYA SAMPAIKAN PULA KEPADA SAHABA-SAHABAT ANDA YANG
      LAIN,' UNTUK MEREKA PULA RENUNGI MESEJ INI.

      berehat sebentar bersama




      Guru : Kenapa awak lambat?
      Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
      Guru: Papan tanda mana ?
      Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-


      Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
      Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
      Guru: Bukan, Salah tu.

      Â Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
      saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*
      Guru: Apakah formula untuk air?
      Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
      Guru: Apa yang awak cakap tu?
      Sin Chan: Kankelmarin Cikgu kata H to O!


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


      Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
      Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
      tergantung kat hadapan kelas!
      Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
      Kelas: Sin Chan Cikgu!


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

      Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
      tahun dulu.
      Sin Chan: Saya Cikgu!


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


      Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
      gigitan serangga?
      Sin Chan: Jangan kena gigitserangga.


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*



      Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
      secara kebetulan?"
      Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
      pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*



      Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
      dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
      Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
      sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .



      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


      Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
      awak berdoa sebelum makan?
      Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
      ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*


      Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
      karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
      Sin Chan: Tidak Cikgu, iahanya lah anjing yang sama!


      *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

      Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
      tetapi orang tak berminat nak dengar?
      Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

      istimewanya wanita

      ” Wanita yang memerah susu binatang dengan “Bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.”

      ” Wanita yang menguli tepung gandum dengan “Bismillah” Allah akan berkatkan rezekinya.”

      ” Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah”

      ” Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,”

      ” Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

      ” Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat.”

      ” Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

      ” Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

      ” Sabda Nabi S.A.W:

      “Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat.”

      tikus belanda




















      tikus-tikus belanda belaan aku...
      asalnya tikus ni 4 ekor je
      tp skg da 12 ekor
      sepatutnya 19 ekor
      tp 7 eko tu mati
      3 mati lepas lahir tuk beberape minggu
      yg lagi 4 tu mati sebab lahir x cukup umur